Followers

Saturday, May 19, 2012

Ellia Fatanah.



Assalamualaikum. Okay I think ramai kott dah kenal this girl kannn? Yeah my girlfriend :') But now.................. Ahhh SEDIH! :'( Korang kena faham aku sayang dia macam mana. Sebab dia ni macam mana ahh nak cakap. Ellia ni kira macam boyfriend aku lahh dekat sini. Sebab seperti semua sedia maklum bf saya jauh...................... So dia lahh yang selalu marah, bising and wtr lahh enn. Tapi harus semua tahu dia buat semua tu bersebab, sebabnya dia ingin kami berjaya sama sama, kan El? Dia tahu apa yang saya inginkan. Hanya dia sahaja tahu dan dia selalu membantu saya dan selalu memberi semangat semua. Aku rasa dia dah tahu semuanya tentang life aku. Like seriously kitorang selalu share prob sesama, nangis sesama, study sesama and banyak benda bersama sama. Well sweet friend kan. Tapi sayang, benda tu tak berkekalan macam yang aku harapkan. Kecewa. 
Aku pun tak tahu kenapa kitorang jadi macam ni. And aku tak tahu kenapa aku tak mempertahankan persahabatan ni. Sebab masa tu sumpah aku serabut gila dengan sekeliling aku. Sekarang aku terlalu rasa kehilangannya. Nak tahu sebab apa? Setiap kali nak exam kitorang aku study bersama sama. Macam biasa dia jadi cikgu aku. But, now dia dah tak ada. Aku study pun tak. Haihhhh sekarang aku just tengok dia dari jauh je. Tipu lahh aku sikit pun tak pandang dia. Bila rehat aku selalu rasa macam nak pergi dekat dia sebab kami selalu rehat berdua. Makan benda yang sama, minum air yang sama. Kadang-2 sampai bergaduh sbb kau tiru aku minum air ni apa bagai hihi. Bila ingat balik, terasa rindu. And now dia sakit mata, time aku sakit mata tu enn, aku dah ckp dekat dia awal-2 dah, confirm dia menyangkit punya haha sorry El. Setiap kali masa agama, dia duduk depan dan aku duduk belakang sekarang, mata aku asyik pandang dekat dia je, pasaipa tak tau. Ingat lagi dulu, aku selalu supersavers dengan Ellia, cerita macam-2 haha. Webcam sampai tertidur haha teruk perangai tapi best gilaaa! Terlalu banyak kenangan aku dengan dia. Hanya Allah yang tahu bagaimana kami punya persahabatan kan El? :')

So siapa yang kawan dengan dia skrg, tlg jaga dia baik-2, jgn sakitkan hati dia, and apapa yang tak elok lahh. Hope korang kawan dengan dia tak macam aku ni, aku tak mampu mempertahankan persahabatan ini. Sedih. El, semoga kau success dalam hidup kau, still ingat apa yang aku nak lepas PMR? Haha mungkin impian aku tu hanya di-awangan sahaja sekarang. Saya rindu awak, saya akan selalu tengok awak even awak tak nampak saya pandang awak, saya akan selalu stalk awak punya tweet, saya akan selalu ingat awak, saya akan selalu ingat apa yang kita dah pernah buat sebelum ini. Akhir kata, terima kasih untuk segala galanya. AKU RINDU KAU ELLIA FATANAH! :'(

*Aku post pasal Ellia bukan nak meraih simpati atau apapa tapi aku ingin dia tahu, aku hargai dia sangat dan aku sayang dia. Kami rapat bukan sebab kami lesbian. Please note that. Okay bye Assalamualaikum :')

No comments:

Post a Comment

Mimie's ♡

My photo
Assalamualaikum. I'm Mimie Jalal. 16